Jika anda pengguna iPhone tidak kiralah 3GS, 4, 4S, 5, 5C, 5S, 6, 6 Plus, 6S atau 6S Plus, anda akan mengalami kecurian kuota data tanpa anda sedar.
Walaupun anda dah tutup data, iPhone masih menarik kuota data anda. Kadang-kadang kecurian data sehingga 20MegaByte (MB) setiap malam. Ini membuatkan anda stress habis-habisan.
Bagaimana nak elak kecurian data iPhone?
Apakah setting yang perlu dibuat?
Anda boleh ikut langkah-langkah yang diberikan di bawah.
LANGKAH 1
Anda hanya perlu buka data internet untuk aplikasi yang kerap digunakan sahaja.
KAEDAH
Setting > Selular > Pergi Ke Use Data Selular For dan matikan saja aplikasi yang tarik kuota banyak dan jarang digunakan.
LANGKAH 2
Matikan muat turun aplikasi automatik untuk data internet.
KAEDAH
Setting > iTunes & App Store > Matikan Use Data Selular
LANGKAH 3
Matikan juga segar semula(Refresh Apps Background) data untuk aplikasi.
KAEDAH
Setting > General > Refresh Apps Background > Disable Refresh Apps Background.(Wajib buat)
LANGKAH 4
Matikan Push Notification di Mail.
KAEDAH
Setting > Mail, Contacts, Calendar > Take New Data > Matikan Push.
LANGKAH 5
Matikan juga dalam aplikasi yang menggunakan muat turun automatik di WhatsApp.
KAEDAH
Apps Whatsapp > Setting > Sembang & Panggilan > Muat Turun Automatik Media > Tukarkan Imej Audio dan Video kepada WiFi sahaja.
LANGKAH 6
Matikan streaming video automatik untuk facebook.
KAEDAH
Buka Facebook > pergi ke 3 line di kanan > Tetapan > Tetapan Akaun > Video dan Foto > Matikan semua muat naik HD pada video dan foto > klik auto main > pilih “Jangan Mainkan Video Secara Automatik”
Nota Penting:
Jika anda menggunakan YouTube dari data, lupakan saja. Cari saja kedai mamak yg sediakan wifi, pastu bufferinglah sampai habis bateri.
LANGKAH 7
Untuk pengguna iOS9, anda wajib menutup Wi-Fi Assist.
KAEDAH
Setting > Cellular > Skrol sampai jumpa Wi-Fi Assist > Turn Off jika terbuka.
LANGKAH 8
Matikan juga FaceTime.
KAEDAH
Setting > Facetime > Matikan jika terbuka.
LANGKAH 9
Matikan iCloud Drive di Setting.
KAEDAH
Setting > iCloud > iCloud Drive > Matikan jika terbuka.
LANGKAH 10
Enable Restriction dan matikan data di dalam bahagian itu.
KAEDAH
Setting > General > Restriction > Enable Restriction > masukkan 4 nombor keselamatan > masukkan sekali lagi 4 nombor keselamatan > Mobile Data Used di Allow Changes > pilih Don’t Allow Changes. Pastikan jangan matikan Restriction dalam ini.
LANGKAH 11
Jika nak jimat lagi, gunakan hanya untuk 2G saja.(sesuai jika anda hanya buka whats app dan facebook sahaja)
KAEDAH
Setting > Mobile Data > Voice & Data > tick pada 2G.